Sabtu, 20 Mac 2010

Salam Sejahtera...

Hari ni hari Sabtu, 20hb Mac 2010..aku sekarang berada di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar...menemani abah tersayang yg sedang sakit dan koma...abah telah dimasukkan ke wad bermula pada Jumaat malam, 4hb Disember 2009.sekarang dekat 4 bln dh kami adik beradik bergilir2 menjaga abah..tengah2 minggu, pd waktu siang kakakku, Kak Mila jaga, mlm pula sama ada adib atau long akan jaga..ujung minggu, aku akan blk kg mlm jumaat,jaga abah pada siang sabtu dan ahad,mlm nya ngah..amat akan blk pd hari rabu hingga khamis,depends pada cutinya.. sorotan bermulanya cerita abah dimasukkan wad ialah 3@4 hari sebelum masuk wad,lebih kurang dua hari selepas rumah kami mengadakan kenduri arwah dan cukur jambul anakku yang sulung, Adreen Medina. Ketika itu, abah mengadu yang dia sakit tidak boleh membuang air kecil dan besar...sama ada Long, abang ku yg sulung, atau Adib, abang ku yg keempat telah membawanya ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan biasa...ketika itu doktor hanya memberikan ubat untuk melawaskan buang air kecil dan besar...sepanjang mengambil ubat tu, abah boleh membuang air besar, tetapi air kecil tidak boleh! ini lagi merunsingkan kerana telah terlalu lama abah menanggung sakit..ketika itu adib dan long telah puas mengajak nya untuk pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana bimbangkan melarat..agaknya abah xdapat lagi menahan kesakitan, maka dia ikutkan juga ajakan long dan adib. ketika mula dimasukkan wad, tekanan darah abah tinggi..iaitu 200, bwh xingat pula aku..tp itu boleh dianggap tinggi dan bahaya..silap2 boleh kena strok..doktor mengesyaki abah ketika itu ada batu karang telah tersumbat pada salur air kencing yang menghubungkan dr buah pinggang ke pundi kencingnya dan abah juga ada penyakit buah pinggang. abah kena masuk wad 7. ketika itu dibawah perut abah terpaksa ditebuk kecil untuk meletakkan satu salur/tiub untuk paksa air kencing abah keluar..kalau xbuat mcm tu..takut kuman merebak kt organ lain.lubang dialisis juga dibuat dkt bwh kelengkang untuk sementara kerana doktor kata abah perlu juga jalani dialisis untuk cuci darah..so..dh 2 minggu lepas tu..doktor plan untuk abah buat operation salur air kencing kt JB ujung minggu tu...tp xsempat ujung minggu tu, najis abah berdarah pula.demam dlm masa yg sama.suspek ada ulcer dlm perut abah..terpaksa tangguh operation, abah kena buat skop iaitu kamera dimasukkan ke dlm perut abah melalui mulut sterusnya esofagus dan akhirnya ke perut..doktor tgk mmg benar ada ulcer..besar dan byk..walaubagaimanapun, alhamdulillah dpt dipulihkan dan doktor mengklip luka2 tu supaya xterbuka semula..sampingan dr tu abah start diberi ubat mcm2 n antibiotik.masuk darah berbeg2..kesihatan abah kami ingatkan makin pulih..tp Allah tu Maha
Mengetahui..abah semakin hari semakin lemah..dari boleh berjalan xdpt berjalan..mkn dh kena mkn bubur sbb ada ulcer..minggu ke minggu abah makin lemah, meracau, sukar tidur..ketika tu masih boleh berbual2 lagi dgn abah,bergurau gelak ketawa & menangis juga kadang2. aku masih ingat lagi setiap kali menyuap abah makan, ketika ni dia masih berselera makan..xkira lauk apa..tapi mesti yg lembut2 supaya dia mudah kunyah dan telan..dia suka makan buah betik dan tembikai.sekali sekala nk minum air kopi o kegemaran nya..untuk memenuhi kehendak dia, aku belikan kopi o..dpt seteguk dua pun jadila katanya..sedih aku mengenangkan saat2 ni..n aku paling xdpt lupakan ketika menyuapkan dia mkn meehoon sup masakan kak ita..begitu selera dia makan..smpkan masa dia dh kenyang, dia ternampak aku menjamah meehoon, dia nk lagi merasa sesudu...katanya sedap dan berselera..aku suapkan juga..dan rupa2nya aku sungguh xmenyangka yg hari tu adalah saat terakhir dia menjamah makanan sehingga la sekarang xdpt menjamah makanan..kerana malam tu kalau xsilap aku dia terus lemah xde selera makan..asyik nk tidur.bercakap pun dh kurang..tangan dia membengkak...suspek abah terlalu byk diberi ubat dan antibiotik yg kuat..doktor pun xsangka abah jd begitu..sekali lagi abah diletakkan didlm bilik rawatan rapi..dada abah ditebuk kecil untuk dimasukkan tiub kecil hingga ke jantungnya untuk seimbangkan air dlm bdn...start dr tu abah xboleh lagi mkn solid cm nasi ke mee.xboleh.hanya yang boleh susu..abah terpaksa pakai tiub masuk melalui mulut untuk memudahkan abah diberi susu...kami adik beradik diajar cara yg betul mcmana nk beri abah minum susu supaya x muntah balik susu yg diberi..so far alhamdulillah..aku boleh dah bagi abah minum susu...masa ni abah ada masa boleh buka matanya dan masih kenal org..bile ada tetamu dtg dia akan mengangguk2 kan kepala, angkat tangan tanda kenal.tapi berbual2 byk mcm dulu dh xboleh..smp satu minggu lagi,lepas je aku blk ke kl iaitu ahad malam,pukul 4 pagi,long telefon aku bgtau abah meracau2, kata nk balik umah, nk jumpa arwah mak.pernafasan dia makin lemah.aku dh xsedap ati pagi tu..tp pagi tu aku pegi juga keja mcm biasa dl..aku keje kt client site kt shah alam plak aritu..br je smp, 9.30am ngah dh kol aku..bgtau kitorg supaya blk sekarang, abah dh xstabil..aku apa lagi..bergegas blk, bgtau pm aku terpaksa EL pagi tu..aku telefon hubby, dia pun amik EL..kami siap2 kemas baju semalam blk dr muar pun xkuarkan lagi..anakku areen, aku tinggalkan sementara dkt neneknya...kesian anakku..tapi aku nk buat macam mana..aku terpaksa berkorban demi masa dan keluarga demi kesejahteraan abah aku...so aku dan hubby balik berdua je masa tu...sepanjang perjalanan, aku xhenti2 menitiskan air mata...xtahan menahan sebak..berdoa kalau boleh Allah panjangkan usia abah ku, berilah aku peluang lagi untuk menjaga abah.sampai di muar 12.30pm..ketika tu long,adib,ngah,abg nor dh ada kt wad 7..amat xsampai lagi..doktor mengatakan keadaan abah dh xstabil.boleh dikatakan kritikal.dia meminta kami adik beradik supaya standby dengan apa saje keadaan yg bakal berlaku...berserah dan berdoa..itu saja harapan kami...disamping menyerahkan kepada doktor untuk mmbuat segala keputusan yang patut dibuat asalkan ianya yang terbaik buat abah.kami berbuat begitu kerana kami masih mahu berikhtiar untuk mengembalikan abah baik. Kami tahu segala ajal maut semuanya kuasa ditangan Allah tapi kami xnk berserah begitu sahaja tanpa berbuat apa2..itu maknanya kami menyerah kalah dan menyerahkan segala2 nya pada takdir..kami adik beradik tekad selagi ada usaha, kami akan usahakan segala2nya yg terbaik buat abah.setelah doktor membuat pemeriksaan teliti, abah perlu dibuat satu procedure iaitu menebuk satu lubang di leher untuk memudahkan abah bernafas dan mengembalikan nadi abah kepada normal..oksigen mesti dipakai selalu...sekali lagi alhamdulillah abah stabil blk walaupun xsebaik dulu..Allah panjangkan usia abah..kami bersyukur.abah diletakkan di hdu sehingga keadaan abah kembali stabil.di hdu, peraturan nya ketat untuk pelawat..termasuk kami adik beradik xdibenarkan untuk meneman abah. nk lawat, kena 2 org2.sejak ditebuk dileher, abah kerap kahak dan terus xboleh bercakap..bile abah nmpknya dh stabil, abah dipindahkan blk ke wad 7,tp dibilik kawalan rapi,'bilik kaca' kami panggil.masa ni kami kena belajar satu lagi perkara iaitu suction (menyedut kahak).part yg ni aku paling ngeri sekali nk lakukan..xsampai hati nk buat suction lebih2 lagi terhadap abah..coz setiap kali buat suction, abah akan terbatuk2, muka merah menahan sakit dekat dlm tekaknye,ada masa sampai berdarah2 bercampur kahak.doktor kata itu adalah trauma dan ia normal pada setiap individu yg pakai 'treakey'; term doktor n nurse panggil utk pernafasan yg tebuk dileher. so yg berani buat masa ni ialah ngah n adib..aku ngn abg long masih takut2 lagi nk buat..mila n amat pun setau aku dorg pun xberani gak..abah ketika tu seperti biasa masih kena buat dialisis kalau pemeriksaan darah menunjukkan darahnya kotor..tp berselang2 hari..xkerap.kadang2 seminggu sekali.so smp suatu masa, doktor tgk keadaan abah stabil kembali, so jadual untuk abah di operate di jb on, jadualnya aku masih ingat lagi iaitu pd 8 januari hari jadi adib. disebabkan sudah nampak stabil, abah diletakkan di wad 7 yg biasa. pada malam sehari sebelum abah dibawa ke JB, masa tu aku br je blk ke umah ganti shift dgn adib n long, abah collapse..xsedarkan diri,nafasnya terhenti,nadi pun terhenti...adib yg sedar masa tu abah dh xsedar.terkulai.xbernafas..cemas masa tu..sumer doktor pakar yg rawat abah turun berusaha selamatkan abah. bantuan CPR dan kejutan elektrik terpaksa dibuat..adib menelefon ita masa tu, aku dgr dh xsedap hati,kami berdua antar sara dl dulu ke umah umi yg jaga dia..lepas tu kami terus memecut ke hospital..smp2 doktor masih berusaha selamatkan abah tp ketika tu kita dh dpt abah kembali bernafas dan nadi abah mula berdenyut..syukur alhamdulillah sekali lagi...kami bersyukur dapat abah balik..setelah beberapa minit, doktor pakar dtg menemui kami menjelaskan apa yg berlaku..katanya salur pernafasan abah tersumbat dgn kahak menyebabkan oksigen xsampai ke otak abah..disebabkan tu abah collapse. dan sejak dari tu la abah start koma dan xsedarkan diri sehingga la ke hari ni...tp ada la perkembangan sikit2..abah boleh buka mata, menggerakkan kaki dan tangan sikit2..harapan kami adik beradik ialah berdoa kepada Allah agar Allah sedarkan abah kami kembali dan pulihkan kembali dia dari penyakit2 yg dia tanggung selama ni...walaubagaimanapun, kami akan tetap bersabar dan berusaha sedaya upaya kami demi kebaikan dan kesejahteraan abah..kami pasrah dan redha sekiranya apa2 yg berlaku terhadap abah..dan berharap agar segala2nya Allah permudahkan buat abah kami yang kami sayangi dan kasihi..kami sayang abah sangat2..doakanlah yang terbaik buat abah..Amin amin ya rabbal alamin...